Friday 18 July 2014

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) MATEMATIK (FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK)




Esok , saya akan update tentang tajuk dekat atas tu . Kenapa anda perlu memilih subjek ini ?? Susah ke nak score ?? Mesti belajar calculus kan ?? For budak matrik yang ambil SAINS KOMPUTER . Nasihat saya , korang jangan buang buku-buku or nota yang ada !! Kalau budak matrik perakaunan yang minat giler Matematik ini jangan risau , anda juga ada peluang nak grab course nie !! N lagi satu korang jangan buang nota PERAKAUNAN dan EKONOMI tau !!

Stay tune insyaallah esok saya update semua yang saya tahu sepanjang 1 sem belajar SAINS MATEMATIK ini . Kalau ada yang nak bertanya jangan segan tau .. nanti anda juga yang susah ,

Thursday 17 July 2014

Hargai Seseorang Dalam Hidup Kita


Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu)



Watak Utama:
Faruq(bukan nama sebenar): seorang lelaki yang baik, tampan, kacak, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.
Azzah(bukan nama sebenar): seorang wanita yang baik, cantik & manis wajahnya, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.


Kehidupan Faruq sebagai seorang daie (pendakwah) yang hebat dan terkenal di Russia seringkali menjadikan Faruq disenangi ramai orang, bukan sahaja di kalangan ikhwah(lelaki). Malah dikalangan akhawat (wanita) juga. Faruq seringkali memberikan taujih(penyampaian/ceramah) kepada rakan-rakannya di Russia. Begitu ramai orang tertarik dengan perwatakannya, malah ramai orang suka mendengar ceramahnya dan penyampaiannya.

Faruq begitu bersemangat dalam melakukan kerja-kerja Dakwahnya. Malah, setiap hari beliau akan membaca buku-buku tarbiyah dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Beliau seorang yang menjaga adabnya dengan orang yang lebih tua. Malahan, dia juga sangat menyayangi orang yang lebih muda darinya. Beliau juga seorang yang menjaga adabnya dengan wanita. Sering menundukkan pandangan dan bercakap dengan wanita bila perlu. Disebabkan itu, ramai wanita yang berkenan dengan beliau.


Manakalah kehidupan Azzah hampir serupa, cuma beliau seorang akhawat. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama akhawat lain. Beliau seorang yang terkenal dikalangan akhawat kerana petahnya dalam berhujah tentang isu agama. Belia juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan seorang yang terkenal dengan budi pekertinya yang baik dan sopan. Azzah seorang yang pemalu, beliau pernah dirisik dan dipinang oleh beberapa ikhwah namun beliau tidak pernah menerima. Mungkin kerana hasrat hatinya mengatakan bahawa Faruq adalah seorang lelaki yang diimpikan sejak awal lagi. Beliau cuba menyembunyikan perasaannya kerana takut akan fitnah yang akan melanda.

Dipendekkan cerita..

Kehidupan sebagai seorang Daie (Pendakwah) memang begitu mencabar, setiap hari atau akan tiba masanya seorang pendakwah akan diuji. Diuji oleh Allah dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Ujian ini menimpa Faruq dan Azzah. Pada suatu hari, Azzah bertemu dengan Mas'ulahnya(Ustazah Solehah), untuk berbincang sesuatu. Rupanya Azzah ingin menceritakan tentang rasa hatinya dan hasratnya untuk melamar dan meminang Faruq. Mas'ulahnya bersetuju dan berkata dia akan cuba membantu Azzah sebaik mungkin. Mungkin mas'ulahnya faham kenapa Azzah begitu bersemangat untuk mendapatkan Faruq. Faruq seorang yang baik. Masakan seorang yang baik dan soleh begitu tidak ramai yang meminatinya. Azzah sudah bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Setelah beberapa hari berlalu, setelah Ustazah Solehah berbincang dengan Mas'ul kepada Faruq iaitu Ustaz Irfan tentang hasrat Azzah. Ustaz Irfan pun bersetuju dan beliau akan cuba menyampaikan hasrat Azzah itu kepada Faruq.

Surat Azzah yang dikirimkan Ustaz Irfan kepada Faruq :

“ Assalamualaikum...
Akhi Faruq yang ana hormati, Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan. Mungkin ana orang yang pertama berani melakukan ini semua kepada anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul dakwah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana harap dan berdoa agar anta dimiliki oleh seorang ukht yang faham tarbiyyah.Justeru, ketahuilah, Ana sangat menghormati anta, siang dan malam ana pernah berdoa agar dikurniakan seorang Akh yang faham tentang tarbiyah, tentang dakwah. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama anta tak pernah berubah. Ana sangat yakin anta adalah orang yang terbaik untuk menjadi suami ana. Ana berharap agar antalah menjadi tulang belakang ana, orang yang akan memberikan semangat kepada ana, orang yang akan mendidik anak-anak ana, orang yang akan menegur ana bila salah, orang yang akan hidup dengan ana demi Islam dan Dakwah. Sebenarnya dah lama ana cuba memendam perasaan ini, ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat bertindak. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik oleh insan yang bernama Faruq.

Azzah.

Surat itu sungguh mengejutkan Faruq. Setelah mendapat surat itu, Faruq siang dan malam berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk. Namun beliau masih merasakan bahawa beliau masih tidak bersedia untuk menerima lamaran tersebut. entah kenapa beliau seperti tidak bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Mungkin kerana beliau masih merasakan bahawa masih banyak lagi kerja dakwah tidak selesai di Bumi Russia ini. Faruq terus menuju ke Rumah Ust Irfan. Faruq berkata kepada Ustaz Irfan : "Maaf ustaz, ana masih tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga. ana rasa diri ana belum sesuai untuk berkahwin. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ana. Semoga Allah merahmati Azzah atas niat baiknya itu. Katakan pada Azzah, masih ramai lagi ikhwah yang baik yang sudi menerima Azzah. Tolong sampaikan ini pada Azzah ye Ust" Ust Irfan tidak boleh berkata-kata apa-apa. Ini keputusan Faruq. Ini adalah haq Faruq.

Setelah satu minggu Azzah menunggu jawapan. Akhirnya beliau mendapat jawapan daripada Faruq.
Azzah sungguh terkejut dengan keputusan Faruq. Faruq tidak menerima lamarannya. Malah Faruq menyuruh Azzah mencari ikhwah lain. Azzah menangis kecewa. Azzah merasakan seakan-akan dihempap batu ke atas dirinya. Beliau begitu terkejut dengan keputusan Faruq.Hari berganti hari, Azzah mula layu. Akhawat lain cuba memberikan semangat kepada Azzah. Akhawat lain juga ada yang begitu marah kepada Faruq kerana tidak menerima lamarannya. sedangkan Azzah seperti bidadari, begitu baik, malah begitu cantik. Namun mereka masih mampu bersangka baik. Mungkin bagi mereka ada hikmah disebaliknya.Sebulan berlalu, Azzah kembali semangat. mungkin melihat kepada Akhawat lain yang begitu bersemangat meneruskan perjuangan walaupun ditimpa musibah. Azzah mula merelakan hatinya. Dia selalu saja yakin dengan janji Allah. "Lelaki baik untuk perempuan yang baik". Mungkin dirinya masih lagi belum cukup baik untuk Faruq dan Azzah perlu untuk menjadi lebih baik. Azzah redha dengan keputusan Allah.
Azzah sering teringat tentang surah Al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Azzah Redha. Allah mengetahui segala-galanya.

Faruq masih bergiat aktif di dalam dakwahnya. Setiap kali beliau berQiamullail (bangun malam untuk mendirikan solat dan bertemu dengan Allah) beliau berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah dan berdoa agar dikurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan apa jua keputusan yang dilakukan oleh Faruq.Final Exam mula menghampiri.Entah kenapa, suatu hari sedang mengulang kaji pelajarannya. Faruq mula teringat akan pinangan dan lamaran Azzah. Faruq seperti inginkannya kembali. Mungkin kerana kali ini beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lantas beliau menelefon Ust Irfan memberitahu tentang hasratnya untuk menerima Azzah dalam hidupnya.
Ust Irfan begitu bergembira dengan keputusan Faruq.Ust irfan berjumpa dengan Ustazah Solehah memberitahu tentang keputusan Faruq.Setelah Ustazah Solehah menyampaikan berita itu kepada Azzah. Namun Azzah menolaknya. Azzah berkata beliau masih belum ingin mendirikan rumah tangga kerana ingin focus akan kerja dakwahnya. Beliau tidak mahu lagi memikirkan hal itu buat sementara waktu. Mungkin kerana Azzah sudah kecewa. beliau cepat-cepat memberi keputusan itu kepada Mas'ulahnya.Setelah Faruq mendapat berita itu. Faruq begitu kecewa dan menyesal akan perbuatannya menolak lamaran Azzah sebelum ini.

Faruq menyendiri setelah peristiwa itu berlaku. Beliau tidak langsung menjawab SMS (pesanan ringkas) ataupun menjawab telefon daripada ikhwah lain.Ketika musim Final Exam, Faruq mula merasa lemah dan malas untuk meneruskan kerja dakwahnya. Faruq seringkali lalai daripada ibadahnya. kadang-kadang beliau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah untuknya dan untuk dakwah. Beliau leka dengan menonton bola setiap kali ada 'game' bola yang ditayangkan di TV. Beliau tidak pernah 'miss' tengok 'game' bola walaupun sehingga ke subuh. Selalunya, pada waktu begitu beliau akan membaca buku di waktu malam dan melakukan Qiamullail. Beliau berubah menjadi orang yang leka, lalai dan lemah. Beliau tidak mengulang kaji pelajarannya walaupun Final Exam sudah bermula.Namun ikhwah lain selalu memberikan semangat kepada beliau kerana tidak ingin beliau leka sebegitu. walau apapun yang Faruq buat, ikhwah lain bersangka baik dan masih menghormati Faruq dan masih menganggap Faruq hebat dalam dakwahnya dan ilmunya.


Sebulan setelah tamatnya Final Exam, Beliau begitu terkejut dengan keputusan yang beliau perolehi. Beliau gagal dalam 2 subjek dan perlu mengulangi subjek itu. sepanjang beliau belajar di Russia, beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah pertama kalinya beliau gagal.Saat itu Faruq mula sedar, mungkin kerana beliau meninggalkan dakwah dan mengabaikan pelajarannya. Beliau gagal dalam pelajarannya. Beliau leka dengan Allah dan Allah menimpakan balasan terhadap kelekaannya.
Kini beliau mula semangat kembali. Beliau sering berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini.Beliau juga mula yakin dengan ketentuan Allah. Beliau tetap redha. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat beliau. Faruq sedar bahawa kita mesti menghargai kehadiran seseorang yang baik dan benar-benar menyayangi kita dalam hidup kita. Jangan sesekali menolaknya dan jangan sesekali buat dia kecewa. Terimalah seseorang jika dia berniat baik terhadap diri kita. Jika tujuannya adalah untuk menikahi kita. Terimalah dia sebaiknya. Jika dia bertujuan untuk melakukan maksiat/couple yang tidak dibenarkan. Maka kita tidak seharusnya menerimanya =)
Redhalah dengan Takdir Allah =)

 Tamat.
Penulis yang kerdil. =)

Cerita benar. Kisah benar.
Diubah suai sedikit.

Wednesday 12 February 2014

Love You Friend




Khas untuk my best ex roomate forever . Walaupun sorang ke Perlis, Kedah and Penang . Andalah SAHABAT yang sejati . Walaupun kita selalu gaduh . Tapi pergaduhan tu lah yang aku rindui . Andai masa dapat diundur . Aku ingin bersamamu wahai SAHABAT. 

Setahun kita bersama . Banyak memori yang kita lalui . Tapi itu semua tetap menjadi kenangan . Aku harap suatu hari nanti kita akan bertemu kembali .

Aku rindu nak gaduh dengan korang . Selalu gaduh . Dulu perangai macam budak . Just tau nak cari pasal . Kawan pom tak ada . Tapi aku ada korang . Korang ingat tak time PSPM sem 2 . Kita semua struggle kan . Study sama-sama , hafal sama-sama *benda nie aku tak kan dapat dekat universiti* Just dengan korang je .

Koranglah yang berjaya kuatkan semangat aku untuk hadapi PSPM 2 . LOVE U ALL



Khas untukmu wahai SAHABAT
--> Nor Izwin Johari
--> Amira Nur Syafiah
--> Adiba Wajihah

I LOVE F318 KMKN 2012/2013

u r the best friend

Monday 13 January 2014

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI


KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu. Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal. Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’. Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
 
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal. Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!” Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya: “Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya. “Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit. “Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!” Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan. Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh. Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan. Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan. Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarangmakan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.” 

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman. Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum. Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.” Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud: “Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.” Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud: “Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.” Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Sunday 12 January 2014

BAGAIMANA SENINYA DAKWAH RASULULLAH

Sabda Rasulullah SAW “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani sudah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? Semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? Makin hina sebab berjuang tidak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, hennak mengata orang, itu bukan seni.
Islam itu halus dan berseni. Contohnya dengan dakwah boleh boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang hati,tengok sahaja sudah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tidak berseni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tidak larat, fikiran perasaan serabut pasal tidak seni. Berjuang yang tidak seni seperti pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.

Islam itu seni. Mari kita lihat bagaimana seninya Rasulullah SAW,
Kisah 1 :
Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ini siapa. Umar ini berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam sudah pernah bunuh orang.
Satu hari Baginda mengajak Umar pergi tengah padang pasir, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.
Rasulullah kata, “Hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.
Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah,
“Ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.
Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah, mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?
Kisah 2 :
Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ini tidak faham adab, tidak bertamaddun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tidak faham. Satu hari dia berada di masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada. Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.
Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “Tidak apa, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.
Itukan seni. Rasulullah SAW tidak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu rasa malu. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.
Sahabat-sahabat lain pun terdidik sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tidak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.
Sebenarnya Islam itu seni, kalau tidak seni orang tidakkan boleh ikut.
Kisah 3 :
Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.
Budak itu jawab, “Saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yang saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.
Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis lagi.
Lalu Rasullah bertanya, “Mengapa menangis? Bukankah saya sudah beri duit?”
Budak itu menjawab, “Tadi saya menangis kerana hilang duit, yang menangis kali ini kerana saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”.
Lalu Rasullah berkata, “Kalau begitu tak apalah, saya hantar”.
Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah hendak marah pada hambanya.

Itulah contoh seni di dalam berdakwah yang dibawa panduan oleh Rasulullah SAW.

TINGGINYA SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akanALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.