Perjuangan Islam itu
sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru
hara di dunia ini. Berani sudah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak
berjuang? Semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? Makin hina
sebab berjuang tidak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, hennak mengata
orang, itu bukan seni.
Islam itu halus dan berseni. Contohnya dengan dakwah boleh
boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang hati,tengok sahaja sudah jatuh
hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tidak berseni, macam
kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tidak larat, fikiran perasaan
serabut pasal tidak seni. Berjuang yang tidak seni seperti pukul pahat sana
sini, akhirnya sakit jiwa.
Kisah 1 :
Satu hari baginda bawa Sayidina
Umar. Rasulullah tahu Umar ini siapa. Umar ini berani, jiwa kuat, sebelum
masuk Islam sudah pernah bunuh orang.
Satu hari Baginda mengajak Umar pergi tengah padang pasir,
Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing,
kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.
Rasulullah kata, “Hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat
busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh,
tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.
Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di
situ, dia berkata pada Rasulullah,
“Ini bangkai wahai
Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia
senasib dengan yang kena buru”.
Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di
masjid tok guru sekadar bersyarah, mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai
dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?
Kisah 2 :
Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang
baru peluk Islam, orang badwi ini tidak faham adab, tidak bertamaddun, walaupun
dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tidak faham. Satu hari dia berada di
masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada.
Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.
Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik
berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu
itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah,
sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “Tidak apa, biarkan“. Kemudian
Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.
Itukan seni. Rasulullah SAW tidak marah, jadi
sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu rasa malu.
Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.
Sahabat-sahabat lain pun terdidik sama dan yang terkencing
itu pun turut insaf. Rasulullah tidak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya
terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.
Sebenarnya Islam itu seni, kalau tidak seni orang tidakkan
boleh ikut.
Kisah 3 :
Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar.
Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada
seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.
Budak itu jawab, “Saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2
dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yang saya takut.
Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.
Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak
itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah
jumpa lagi budak itu menangis lagi.
Lalu Rasullah bertanya, “Mengapa menangis? Bukankah saya
sudah beri duit?”
Budak itu menjawab, “Tadi saya menangis kerana hilang duit,
yang menangis kali ini kerana saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”.
Lalu Rasullah berkata, “Kalau begitu tak apalah, saya
hantar”.
Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok
Rasulullah, dia pun malulah hendak marah pada hambanya.
Itulah contoh seni di dalam berdakwah yang dibawa panduan
oleh Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment