Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu)
Watak Utama:
Faruq(bukan nama sebenar): seorang lelaki yang baik, tampan,
kacak, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam
bidang Perubatan.
Azzah(bukan nama sebenar): seorang wanita yang baik, cantik
& manis wajahnya, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di
Russia dalam bidang Perubatan.
Kehidupan Faruq sebagai seorang daie (pendakwah) yang hebat
dan terkenal di Russia seringkali menjadikan Faruq disenangi ramai orang, bukan
sahaja di kalangan ikhwah(lelaki). Malah dikalangan akhawat (wanita) juga.
Faruq seringkali memberikan taujih(penyampaian/ceramah) kepada rakan-rakannya
di Russia. Begitu ramai orang tertarik dengan perwatakannya, malah ramai orang
suka mendengar ceramahnya dan penyampaiannya.
Faruq begitu bersemangat dalam melakukan kerja-kerja
Dakwahnya. Malah, setiap hari beliau akan membaca buku-buku tarbiyah dan tidak
pernah meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Beliau seorang yang
menjaga adabnya dengan orang yang lebih tua. Malahan, dia juga sangat
menyayangi orang yang lebih muda darinya. Beliau juga seorang yang menjaga
adabnya dengan wanita. Sering menundukkan pandangan dan bercakap dengan wanita
bila perlu. Disebabkan itu, ramai wanita yang berkenan dengan beliau.
Manakalah kehidupan Azzah hampir serupa, cuma beliau seorang
akhawat. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama akhawat lain. Beliau seorang
yang terkenal dikalangan akhawat kerana petahnya dalam berhujah tentang isu
agama. Belia juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan seorang yang
terkenal dengan budi pekertinya yang baik dan sopan. Azzah seorang yang pemalu,
beliau pernah dirisik dan dipinang oleh beberapa ikhwah namun beliau tidak
pernah menerima. Mungkin kerana hasrat hatinya mengatakan bahawa Faruq adalah
seorang lelaki yang diimpikan sejak awal lagi. Beliau cuba menyembunyikan
perasaannya kerana takut akan fitnah yang akan melanda.
Dipendekkan cerita..
Kehidupan sebagai seorang Daie (Pendakwah) memang begitu
mencabar, setiap hari atau akan tiba masanya seorang pendakwah akan diuji.
Diuji oleh Allah dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Ujian ini menimpa Faruq dan Azzah. Pada suatu hari, Azzah bertemu dengan Mas'ulahnya(Ustazah
Solehah), untuk berbincang sesuatu. Rupanya Azzah ingin menceritakan tentang
rasa hatinya dan hasratnya untuk melamar dan meminang Faruq. Mas'ulahnya
bersetuju dan berkata dia akan cuba membantu Azzah sebaik mungkin. Mungkin
mas'ulahnya faham kenapa Azzah begitu bersemangat untuk mendapatkan Faruq.
Faruq seorang yang baik. Masakan seorang yang baik dan soleh begitu tidak ramai
yang meminatinya. Azzah sudah bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Setelah beberapa hari berlalu, setelah Ustazah Solehah
berbincang dengan Mas'ul kepada Faruq iaitu Ustaz Irfan tentang hasrat Azzah.
Ustaz Irfan pun bersetuju dan beliau akan cuba menyampaikan hasrat Azzah itu
kepada Faruq.
Surat Azzah yang dikirimkan Ustaz Irfan kepada Faruq :
“ Assalamualaikum...
Akhi Faruq yang ana hormati, Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka.
Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan. Mungkin ana orang yang pertama berani melakukan ini semua
kepada anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul
dakwah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana harap dan berdoa agar anta
dimiliki oleh seorang ukht yang faham tarbiyyah. Justeru, ketahuilah, Ana sangat menghormati anta, siang dan malam ana pernah
berdoa agar dikurniakan seorang Akh yang faham tentang tarbiyah, tentang
dakwah. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama
anta tak pernah berubah. Ana sangat yakin anta adalah orang yang terbaik untuk
menjadi suami ana. Ana berharap agar antalah menjadi tulang belakang ana, orang
yang akan memberikan semangat kepada ana, orang yang akan mendidik anak-anak
ana, orang yang akan menegur ana bila salah, orang yang akan hidup dengan ana
demi Islam dan Dakwah. Sebenarnya dah lama ana cuba memendam perasaan ini, ana
takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat bertindak.
Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik oleh insan yang bernama Faruq.
Azzah.
Surat itu sungguh mengejutkan Faruq. Setelah mendapat surat itu, Faruq siang dan malam berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk. Namun beliau masih merasakan bahawa beliau masih tidak bersedia untuk menerima lamaran tersebut. entah kenapa beliau seperti tidak bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Mungkin kerana beliau masih merasakan bahawa masih banyak lagi kerja dakwah tidak selesai di Bumi Russia ini.
Setelah satu minggu Azzah menunggu jawapan. Akhirnya beliau mendapat jawapan daripada Faruq.
Azzah sungguh terkejut dengan keputusan Faruq. Faruq tidak
menerima lamarannya. Malah Faruq menyuruh Azzah mencari ikhwah lain. Azzah
menangis kecewa. Azzah merasakan seakan-akan dihempap batu ke atas dirinya.
Beliau begitu terkejut dengan keputusan Faruq. Hari berganti hari, Azzah mula layu. Akhawat lain cuba
memberikan semangat kepada Azzah. Akhawat lain juga ada yang begitu marah
kepada Faruq kerana tidak menerima lamarannya. sedangkan Azzah seperti
bidadari, begitu baik, malah begitu cantik. Namun mereka masih mampu bersangka
baik. Mungkin bagi mereka ada hikmah disebaliknya. Sebulan berlalu, Azzah kembali semangat. mungkin melihat
kepada Akhawat lain yang begitu bersemangat meneruskan perjuangan walaupun
ditimpa musibah. Azzah mula merelakan hatinya. Dia selalu saja yakin dengan
janji Allah. "Lelaki baik untuk perempuan yang baik". Mungkin dirinya
masih lagi belum cukup baik untuk Faruq dan Azzah perlu untuk menjadi lebih
baik. Azzah redha dengan keputusan Allah.
Azzah sering teringat tentang surah Al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Azzah Redha. Allah mengetahui segala-galanya.
Faruq masih bergiat aktif di dalam dakwahnya. Setiap kali beliau berQiamullail (bangun malam untuk mendirikan solat dan bertemu dengan Allah) beliau berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah dan berdoa agar dikurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan apa jua keputusan yang dilakukan oleh Faruq.
Ust Irfan begitu bergembira dengan keputusan Faruq. Ust irfan berjumpa dengan Ustazah Solehah memberitahu
tentang keputusan Faruq. Setelah Ustazah Solehah menyampaikan berita itu kepada
Azzah. Namun Azzah menolaknya. Azzah berkata beliau masih belum ingin
mendirikan rumah tangga kerana ingin focus akan kerja dakwahnya. Beliau tidak
mahu lagi memikirkan hal itu buat sementara waktu. Mungkin kerana Azzah sudah
kecewa. beliau cepat-cepat memberi keputusan itu kepada Mas'ulahnya. Setelah Faruq mendapat berita itu. Faruq begitu kecewa dan
menyesal akan perbuatannya menolak lamaran Azzah sebelum ini.
Faruq menyendiri setelah peristiwa itu berlaku. Beliau tidak langsung menjawab SMS (pesanan ringkas) ataupun menjawab telefon daripada ikhwah lain.
Sebulan setelah tamatnya Final Exam, Beliau begitu terkejut dengan keputusan yang beliau perolehi. Beliau gagal dalam 2 subjek dan perlu mengulangi subjek itu. sepanjang beliau belajar di Russia, beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah pertama kalinya beliau gagal.
Kini beliau mula semangat kembali. Beliau sering berdoa
kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Beliau juga mula yakin dengan ketentuan Allah. Beliau tetap
redha. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat beliau. Faruq sedar bahawa kita mesti menghargai kehadiran seseorang
yang baik dan benar-benar menyayangi kita dalam hidup kita. Jangan sesekali menolaknya
dan jangan sesekali buat dia kecewa. Terimalah seseorang jika dia berniat baik
terhadap diri kita. Jika tujuannya adalah untuk menikahi kita. Terimalah dia
sebaiknya. Jika dia bertujuan untuk melakukan maksiat/couple yang tidak
dibenarkan. Maka kita tidak seharusnya menerimanya =)
Redhalah dengan Takdir Allah =)
Tamat.
Penulis yang kerdil. =)
Cerita benar. Kisah benar.
Cerita benar. Kisah benar.
Diubah suai sedikit.